Kami Lori Sewa Selangor ada menyediakan perkhidmatan Lori Sewa 1tan dan 3tan berkanvas dengan harga berpatutan sekitar KL dan Selangor.
Perkhidmatan tambahan lain seperti tenaga kerja (manpower) / wraping perabot.
Kami juga ada menjual Kotak Pindah Rumah yang baru Secara Online bagi memudahkan anda yang tidak tahu dimana hendak membeli kotak. H/p 017-3258908
Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Talian Hotline 017-3258908 Pagi ini saya terpanggil untuk mengkongsikan pengalaman getir sebagai seorang pengusaha lori sewa untuk membuang sampah atau perabot untuk dispose. Lihatlah laluan2 dan risiko yang harus kami lalui untuk membuang perabot lama anda. 1-Mendaki bukit yang beralaskan batu2 granite 3suku boleh menyebabkan tayar pecah atau koyak. 2-Ditimbang dahulu sebelum masuk ke premis buangan.bila ditimbang tu maksudnya adalah bayarannya..(RM50 / Tan) 3-Saat2 genting melalui tanah gambut dan berselut..boleh memerangkap tayar anda dari bergerak. 4-Apabila Tibanya di puncak,sampah pun dibuang..pekerja juga diperlukan utk mengangkat & membuang sampah.- (RM120 minima 2pekerja Rumah teres)
5-selesai membuang,setelah bayaran diselesaikan tiba masanya untuk mencuci lori di car wash.(RM30) 6-seandainya nasib tidak menyebelahi kami,sejurus keluar dari premis buangan kami mungkin ditahan oleh pihak majlis perbandaran ataupun DBKL disaman krn mengotorkan jalanraya..tu belum abg J tahan nak saman atas alasan jalanraya kotor boleh mengakibatkan kemalangan.. Caj Minima RM350 bagi lori 1Tan / Rm550 Lori 3Tan dalam Kawasan Kuala Lumpur siap pekerja bagi rumah/premis bawah.
1.
Lori Sewa Serdang menunggu giliran
2.
Lori Buang Perabot
3.
Lori Sewa Buang perabot Di Ulu Yam Batang Kali
4.
Lorry For Disposes document and furniture
5.
Lori Sewa buang Sampah Dokumen di solaris dutamas
Lori Sewa Buang Perabot di Balakong dan Sri Kembangan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Kami dari Aidil Movers Call 017-3258908 atau whatsapp mylorrysewa.wasap.my ada menyediakan perkhidmatan Lori Sewa 1tan dan 3tan berkanvas dengan harga berpatutan.
Perkhidmatan tambahan lain seperti tenaga kerja (manpower) / wraping perabot & Kotak Murah Online juga disediakan atas permintaan.
Kepakaran kami adalah Pindah Rumah, Pindah Barang, Bilik, Barang Pelamin, Katering, Pindah Barang Construction dan penghantaran barang/produk kilang.
Lori yang disediakan ialah jenis Lori bertutup Canvas sahaja.Penggunaan lori yang bertutup bertujuan untuk melindungi barang-barang pelanggan kami daripada terdedah oleh hujan dan panas.
Kami juga ada menjual Kotak Pindah Rumah yang baru Secara Online bagi memudahkan anda yang tidak tahu dimana hendak membeli kotak. Boleh layari http://kotakmurahonline.blogspot.com
Anda digalakkan menonton video ini sebelum membuat tempahan..Terima Kasih dan selamat menonton
.
Lori Sewa Alam Damai ke Puncak Jalil Tenaga kerja Mahir
Lori Sewa Bandar Baru Salak Tinggi ke Nilai 3
Lori Sewa Setapak
Lori Sewa Selayang Jaya
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pelanggan yang kami hormati :
Talian Hotline : 018-388986 AIDIL
Ideal Impress Enterprise (001823404-W)
Syarikat kami menyediakan perkhidmatan lori kargo sesuai untuk semua jenis barang. Kami mempunyai kepakaran dalam industri pengangkutan ini dengan tenaga kerja dan pemandu yang terlatih.
Selain itu, kami turut mengendalikan perkhidmatan Movers atau Pemindahan.
sedikit mengenai perkhidmatan yang kami sedia kan: ))> Perkhidmatan Pindah Rumah ))> Perkhidmatan Pindah Restoran ))> Perkhidmatan Pindah Pejabat ))> Penghantaran Barang supplier ke seluruh semenanjung ))> Penghantaran barang event/produk makanan/barang niaga ))> Penghantaran motosikal ))> Dan berbagai lagi boleh diuruskan
* Kepada anda yang memerlukan Perkhidmatan pindah rumah, kami alu alu kan anda menghubungi kami. Skop Perkhidmatan Movers/Pindah ))> Perkhidmatan Tenaga Kerja ))> perkhidmatan wrapping/ balut ))> Perkhidmatan packaging ))> Perkhidmatan clearance * Kami akan membantu anda didalam berbagai bentuk perpindahan * Lori yang disedia kan untuk perkhidmatan ini adalah bertutup (kanvas), bersih dan selamat untuk penghantaran samaada didalam negeri mahupun jarak jauh.
* Kami Beroperasi di seluruh semenanjung Malaysia * perkhidmatan on standby / 25 jam / 8 hari seminggu (booking awal) * kapasiti lori 1 tan panjang 10 kaki dan lori 3tan Berat dengan muatan 5 tan panjang 14kaki
Hubungi kami untuk lebih pertanyaan. Terima kasih. :- 017-3258908 Aidil Lori 1tan. 012-6164347 Haniff lori 3tan.
Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat lori sewa,
Sila Sms / Whatsapp maklumat seperti berikut di Nombor yang tertera :
Nama : ( Rizal / Siti / Shanti / Kumar / Allen / Cindy )
Tarikh & Masa Pindah : ( 02/02/2002 Pagi / Petang / Malam )
Lokasi & Destinasi : ( sila nyatakan jika berlif/tiada lif tgkt berapa/teres)
Jenis Barang : ( Barang rumah / barang kilang / Barang Event / barang Hulfcat)
Anda digalakkan menonton video ini sebelum membuat tempahan..Terima Kasih dan selamat menonton
Lorry Movers KL
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca,Straight to the point saya nak ajar atau berkongsi dengan anda cara-cara berpindah dengan Mudah,Jimat & Selamat.
MUDAH :
1- Mula bertindak pada sebulan dari tarikh yang akan anda pindah,mula mengumpul kotak-kotak atau bekas - bekas yang sesuai untuk anda packing barangan anda, kotak adal medium utama dalam kerja packing,tetapi agak sukar pada orang awam untuk dapatkan dalam kuantiti yang banyak oleh itu alternatif lain seperti container plastik untuk pinggan mangkuk,beg plastik sampah boleh sumbat baju-baju atau mainan anak2 bagi yang dh mempunyai anak
2- Senaraikan barang yang perlu di bawa,sekiranya ada perabot yang telah uzur atau reput dimakan anai2 eloklah di buang,andaikata ada perabot yang masih elok tetapi sudah tidak diperlukan namun sayang dibuang eloklah anda jual pada kawan2 melalui saluran sosial seperti facebook atau buat Garage sale pada hujung minggu.boleh buat cover duit lori nanti.Baju2 anda pula boleh disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.
3- Rancanglah kedudukan barangan anda ke rumah baru supaya bila Movers menghantar anda sudah boleh terus arah Movers meletak barangan anda di kedudukan sebenar.
4- Setelah semuanya terkumpul dan disenaraikan tiba masanya anda bertindak,mulalah berkerja dengan hati yang ikhlas,menyimpan barang-barang anda ke dalam kotak atau bekas yang telah anda sediakan,Gunting & sellotape atau maskingtape dan marker pen yang sesuai amat diperlukan dalam situasi begini.Tulis lah apa yang terkandung dalam kotak yang dibungkus.
Mulalah membuang atau menjual atau menyumbangkan barangan anda yang tidak diperlukan lagi kerna ianya boleh mengelakkan anda dari terbawa sampah kerumah baru anda kerana dek sayang hendak melepaskan barang yang anda tidak perlukan lagi.
5- Seminggu sebelum tarikh pindah mula menghubungi dan booking syarikat Movers yang anda percaya dan yakin,Sms kan alamat anda pada mereka dan minta nombor pendaftaran lori mereka untuk anda daftar kan pada pihak pengurusan sekiranya anda tinggal di Apartment / Condominum atau un jenis rumah yang ada management.
Pastikan Movers anda berdaftar dengan SSM dan lebih meyakinkan seandainya berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia,Contoh syarikat kami.
6- Sehari sebelum pindah contact semula syarikat Movers yang anda telah pilih untuk memastikan segalanya berjalan seperti dirancang.
JIMAT
1- Jimat satu perkara yang amat digalakkan dari segi rohani mahupun jasmani,semua orang ingin berjimat tapi biarlah berpada-pada dan kena pada tempatnya,jimat terbahagi kepada 2 aspek dalam kerja pindah :
i- Jimat Ruang.
ii- Jimat Duit.
Jimat Ruang :
bererti dari anda menyewa lori 3 tan anda boleh jimat dengan hanya menyewa lori 1 tan dimana sewanya lebih murah dari 3Tan,agak menarik kan..Bagaimana ini boleh terjadi?
Ianya hanya boleh direalisasikan seandainya barangan anda tidak lah terlalu banyak, Contoh:
-Set bilik tidur ( katil & tilam Queen size,almari,dressing table side table)
-Peti Ais & Mesin Basuh
-1set meja makan 6 orang duduk
Boleh saya katakan disini lori 1Tan sudah tidak mencukupi untuk anda mengisi barang2 ini,tapi saya boleh yakinkan anda untuk menyewa dengan hanya lori 1tan sahaja,Bagaimana?tak perlu klik pada mana-mana link untuk ketahui,teruskan membaca sahaja.
Begini caranya,
-Seandainya anda ada pengetahuan atau memiliki kudrat seorang lelaki anda boleh meleraikan meja makan dan katil anda kemudian ikatlah rangka- rangka tersebut secara bersama agar tidak 1 ke barat 1 ke timur,simpan skru2 dengan selamat,
-Sekiranya anda tidak mampu lakukan demikian,upahlah Movers untuk lakukan dan saya yakin anda masih dapat berjimat dari menyewa lori 3Tan.Siasat lah dengan Movers anda terlebih dahulu harga upah.
Jimat Duit :
Seandainya anda kurang kemampuan untuk mengupah pekerja Movers untuk mengangkat barang,anda boleh sewa lori dan pemandu sahaja dengan syarikat kami,pekerja anda harus sediakan sendiri,ajaklah kawan2 atau saudara mara yang terdekat untuk membantu anda,sekaligus ini dapat mengertakan tali sillaturrahim sesama kita,belanjalah mereka makan setelah selesai kerja.
SELAMAT
1- Sebagai pengusaha perkhidmatan lori sewa,saya sudah 'masak' sangat dengan karenah pelanggan yang inginkan harga murah dan kerja senang,(kalau saya pelanggan, saya pun sama).tetapi harus di ingat tiada kerja yang percuma pada zaman ini,setiap kerja harus dibayar.Disinilah ramai pelanggan yang ditipu akhirnya.inginkan harga murah kesudahanya terpaksa bayar caj2 tersembunyi yang melampau dan lebih menyedihkan anda pula yang terpaksa angkat barang.
sekiranya anda membuat survey dengan pelbagai syarikat lori sewa anda akan dapati harga sewa lori serendah Rm80 - Rm150 untuk lori 1Tan,manakala Rm 150-Rm250 untuk lori 3tan ke kawasan lembah klang TANPA pekerja.
Mengapa fenomena ini berlaku?inilah dipanggil trick untuk memerangkap pelanggan,cuba saudara saudari yang saya kasihi bayangkan dan cuba renungkan secara mendalam,apakah degan bayaran Rm80 anda boleh dapat sewa sebiji lori dan seorang pemandu?jawapanya YA pasti boleh sekiranya anda berpindah pada jarak yang dekat dan berhampiran dengan mereka sahaja,tetapi harus di ingat pemandu kerja nya memandu sahaja,sampai di kawasan anda pemandu hanya akan buka pagar lori jadi anda mulakan lah pengisian ke dalam lori susun dan ikat sendiri,gaji dibayar pada driver hanya Rm30 setrip pada kadar order Rm80.Berbaloikah untuk pemandu kerja memandu lori dan menyusun barang pada gaji hanya Rm30 pada zaman serba canggih ini?anda fikirlah sendiri.
Kesimpulanya :
i- cari lah yang sederhana, tidak teralu murah dan tidak terlalu mahal.
ii- jangan malu bertanya apakah skop kerja yang anda dapat dengan harga yang ditawarkan?
iii- setelah dipersetujui sms kan alamat anda berserta skop kerja yang ringkas contoh sewa lori dari A ke B siap pemandu tolong susun barang dalam lori dengan harga sekian agar dapat dijadikan bukti sekiranya ada pertikaian dikemudian hari.
iv - Anda juga harus jujur untuk memberitahu kepada pihak Movers seandainya ada kesukaran seperti alamari tidak muat melalui Lif hendaklah mengikut tangga atau ada almari dan katil yang perlu dibuka supaya pihak Movers dapat beri harga yang tepat,inilah yang dimaksudkan setiap kerja ada bayaranya.
SEKIAN SAHAJA DARI SAYA YANG BARU BELAJAR MENULIS,SAYA BERJANJI AKAN PERBAIKI TULISAN SAYA DARI MASA KE MASA AGAR ANDA DAPAT MEMAHAMI DENGAN MUDAH ATAU HUBUNGI KAMI TERUS DI TALIAN 017-3258908 EN AIDIL